Followers

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ADALAH HEMBUSAN DARI LANGIT...DITURUNKAN KE LUBUK HATI ORANG BERIMAN...MEREKA TETAP BERHATI TEGUH DIKALA ORANG LAIN DALAM KEGONCANGAN..

Wednesday, 7 December 2011

KANDUNGAN 7 BULAN

   Salam semua..kandungan aku dah masuk 7 bulan.tinggal 2 bulan je lagi nak kuar baby ni..Tarikh jangka bersalin pada 27.2.2012..cepatnya masa berlalu.Skrang penat skit..k.mek dah balik kg,so aku hantar ank2 kt rumah pengasuh.Banyak kerja la skit skrang.Dahla dalam keadaan mengandung.Nak hantar najwa lagi.memang penat sangat..Bila mengandung yang keempat ni malas nak g check up,selalu terlepas dari tarikh temujanji.Tapi nasib baik takde ape masalah.Skrng ni dah kena prepare semua barang2 baby...manela tau kot bersalin awal kan.Takut plak dah dekat nak bersalin ni.Walaupun aku dah 3 kali bersalin,perasaan takut tu masih ada.Mudah mudahan Allah permudahkan aku bersalin seperti yang lepas2...Amin...
             
         Kandungan ni aku tak scan lagi.Tak tau la lelaki ke perempuan..Tapi aku tak kisahla,asalkan anak aku ni sihat dan sempurna sifat.

   Anak yang ke4 ni aku nak bersalin dan berpantang kt putrajaya je..Tak tau la camne,dengan nak jaga baby lg,ank yang 3 org lagi tu...Tiga orang dah bersalin kat terengganu,yang ni biarla jadi ank putrajaya  pulak..he..he..Anak pertama je sempat berpantang dengan arwah mak.Masa tu pun arwah mak dah sakit,jadi semua aku buat sendiri.Anak kedua dan ketiga pulak kt kg jugak,tp berpantang rumah kakak ipar.Kali ni aku tak nak dah  menyusahkan dia sekeluarga.Biarla aku urus sendiri dengan suami aku kat sini.

     
  

No comments:

Post a Comment