Followers

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ADALAH HEMBUSAN DARI LANGIT...DITURUNKAN KE LUBUK HATI ORANG BERIMAN...MEREKA TETAP BERHATI TEGUH DIKALA ORANG LAIN DALAM KEGONCANGAN..

Thursday 28 July 2011

SABARLA WAHAI ISTERI...

Aku terpanggil untuk bercakap seketika tentang daya kesabaran seorang
wanita bernama isteri.

Aku ni...bila membaca kisah tentang seorang isteri yang sabar dgn kerenah suami dan
mertua... aku merasa terharu... terharu sebab aku sebenarnya tak
sabar...Aku insaf tentang kelemahan aku ni...

Aku merasa sedih sebab ada wanita  dilayan dgn teruk oleh
sesetengah lelaki bergelar suami atau wanita bergelar ibu mertua.Nasib baikla aku tak termasuk dalam golongan tersebut.

Dalam masalah sebegini aku tahu bahwa Allah akan menggantikan
kesabaran anda dengan anak2 yang bijak serta menyayangi ibu mereka
lantaran sacrifice mereka... Serta aku mendoakan semoga Allah membuka
pintu hati suami insaf di atas kesalahan mereka...Tuhan maha besar
maha mendengar..

Dalam waktu yang sama aku menasihati si isteri supaya tegas dengan
suami... jangan terlalu membenarkan mereka memperkotak-katikkan
perasaan anda tanpa tindakan wajar... Di dalam ketegasan ade
kelembutan.... Nasihatlah suami secara bijak... bahawa anda tidak suke
dilayan sebegini...Lelaki perlu dipujuk..serta diberitahu They never
read our minds... we have to tell them....ape yang menyebabkan anda
stress... Dgn ini mereka akan menghormati kite kerana memiliki harga
diri.... Mereka menghormati wanita yang berani dan tegas tetapi lemah
lembut... Jadilah wanita yang disegani lantaran sifat takwa, iman
serta sabar... tidak berdendam ... Bacalah majalah serta buku untuk
menangani masalah komunikasi dengan suami... Ramai wanita tidak
mengetahui cara bercakap dengan suami dengan cara yang efektif serta
bijak..Aku pun dikategorikan dalam golongan ni...sebab aku pun
masih belajar.....

Wednesday 27 July 2011

HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 5



27/07/2011...genaplah 5 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta,Supian Bin Ismail.Berbagai rintangan dilalui,pahit manis semua ada..tp yang manisla banyak...Syukur Alhamdulillah diatas jodoh yang dikurniakan oleh Allah..Dalam tempoh perkahwinan ini,kami telah dikurniakan 3 orang cahayamata..2 puteri dan seorang putera.Aku tak sangka dalam usia 28 tahun,aku sudah mempunyai 3 orang anak...sungguh cepat masa berlalu kan..Dan yang paling mengejutkan lagi..aku telah disahkan mengandung anak yang ke4..sungguh tak disangka rezeki yang Allah S.W.T bagi...Aku hanya merancang...tapi Allah S.W.T lebih tau apa yang terbaik untuk umatNya..Walaupun aku rancang tak nak mengandung lagi buat masa skrang,tp aku tetap gembira dengan anugerah ini..akan aku jaga dia dengan hati yang penuh ikhlas...mungkin ini HADIAH ulangtahun perkahwinan kami...Aku berharap agar jodoh kami berpanjangan dan diberkati oleh Allah S.W.T.Semoga kami dapat menjalani ujian dan cubaan dengan tabah....Amin..      "Ya Allah.. Eratkanlah kasih sayang antara aku dan suamiku sehingga ke akhir hayat kami, Bukakanlah pintu hati kami agar lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain, jauhkanlah kami dari godaan syaitan.. Kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehah. Peliharalah kesucian hubungan ini Ya Allah.. "

Sunday 17 July 2011

FLORIA PUTRAJAYA 2011










sukanya umairah..


senyum...



FLORIA sekali lagi telah diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dan berlangsung dari 9hb-17hb Julai 2011. Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”, FLORIA 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.Aku pun tidak ketinggalan untuk pergi ke sana.memang bestla..