Followers

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ADALAH HEMBUSAN DARI LANGIT...DITURUNKAN KE LUBUK HATI ORANG BERIMAN...MEREKA TETAP BERHATI TEGUH DIKALA ORANG LAIN DALAM KEGONCANGAN..

Thursday 11 August 2011

JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA

Karnival jom beli barang raya anjuran KPDNKK telah berlangsung pd 10-14 ogos nnti.Terdapat macam2 produk yang ditawarkan dengan harga istimewa sempena menyambut Aidilfitri ini.Tapi kena bijak berbelanja jangan sampai membazir pulak ye..karnival ni berlangsung di persint 2 iaitu sebelah je dengan ofis aku ni.Aku pun rambang mata jugak bila pergi sana..harganya boleh tahanla jugak.beli ala kadar je..lebihkan anak2 je.

Tuesday 9 August 2011

TARIKH BERSALIN


Tarikh Bersalin
11/2/2012

Persenyawaan
21/5/2011
Ujian Kehamilan
4/6/2011

Degupan Jantung Yang Pertama
18/6/2011
Quickening
10/9/2011

Viability
22/10/2011



14/5/2011

8/10/2011
21/5/2011

15/10/2011
28/5/2011

22/10/2011
4/6/2011

29/10/2011
11/6/2011

5/11/2011
18/6/2011

12/11/2011
25/6/2011

19/11/2011
2/7/2011

26/11/2011
9/7/2011

3/12/2011
16/7/2011

10/12/2011
23/7/2011

17/12/2011
30/7/2011

24/12/2011
6/8/2011

31/12/2011
13/8/2011

7/1/2012
20/8/2011

14/1/2012
27/8/2011

21/1/2012
3/9/2011

28/1/2012
10/9/2011

4/2/2012
17/9/2011

11/2/2012



















 















Khasiat Kurma, Kismis & Madu


Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

SALAM RAMADHAN

Lamanya tak update blog ni..hari ni dah masuk hari ke 9 kita berpuasa..Alhamdulillah,aku masih tak tinggal lagi puasa.InsyaAllah, tahun ni aku puasa penuh.Almaklumla..tengah mengandung.Nasib baikla tiada masalah sepanjang aku puasa dalam keadaan hamil ni.Aku pun berharap baby ni tiada masalahla..sekarang ni aku relax skit,x kelam kabut nak masak bila balik keje sebab k.mek iaitu pengasuh anak2 aku dah siap masak..he..he..Tapi time cuti aku masakla sebab aku memang suka masak..